Pena ku terangkat lagi..kali ini mengenangkan peristiwa di Surau tadi..dan nampak gayanya sambungan Al-Mathurat terpaksa ditangguh dikemudian hari, kerana masa yang ada untuk luahan pembelajaran musafirku semakin ringkas.
"Zam, kedepan jadi Imam"..Ustaz menyuruh aku kedepan..aku sekadar mampu senyum sahaja.."Zam..ke depan, silakan Imam.".. "Ehh tak pe Ustaz, silakan ustaz..eishh ustaz buat lawak pulak.." sambut ku. Sebenarnya aku tidak pasti apakah wajar aku menolak permintaan guruku. Bagiku, biarlah guruku yang menjadi Imam, andai kata ayahku ada pun aku akan tetap membenarkan beliau yang mengimamkan aku...kerana terasa akan daku kehormatan itu adalah haq mereka.
Namun sebenarnya tak ramai yang faham kenapa aku menolak menjadi Imam. Sudahlah soal ilmu, terasa masih dangkal bagiku. Namun yang menyentuh diriku ialah kenangan hidup aku tatkala aku di MRSM dahulu.
Satu Maghrib aku ditugaskan untuk mengimamkan pelajar-pelajar disitu. Entah bayangan hatiku, atau syaitan yang mengodaku, aku tidak pasti, tapi sedang Al-Ikhlas meniti di bibir, kelihatan olehku sebuah bukit/gunung yang seakan digambarkan kepadaku itulah UHUD. Berada diatas kepala ku untuk dihempapkan, sedang aku aku tiada tempat berlari. Peluh dingin mula menyapa aku ..terasa berat kedua bahuku yang teramat sangat..lutut ku mengigil ..semakin lemah longlai tidak tertahan menanggung beban diatasku..dalam keadaan itu aku pasrah dan terus ruku'. Tatkala, aku bangkit sahaja hilanglah segalanya..
Selepas sholah aku menceritakan kepada rakan baik ku, lalu duduk bersimpuh..termenung keseorangan..apakah perkhabaran yang dibawa dan maksud gunung tadi..satu jawapan yang dapat aku simpulkan
"Sungguh tidak ada tugasan yang lebih berat melainkan menjadi Imam/Pemimpin. Kita memikul beban dari pengharapan jemaah mengadap Illahi. Sedangkan kekerdilan kita dan kekotoran diri sahaja tidak dapat dibersihkan inikan pula mengadap RAJA segala RAJA sebagai ketua perwakilan jemaah"
..aduh..berat sungguh tanggunjawab itu..Sejak dari itu aku cuba mengelakkan diri dari menjadi Imam solat apa jua, melainkan terpaksa kerana terkenangkan sebuah hadis tentang akhir zaman..dimana Imam bertolakkan antara satu sama lain..kerana aku tidak mahu tergolong dalam jemaah yang dimaksudkan..namun siapa yang mahu aku tipu... sungguh apa yang dikatakan Nabi itu benar melainkan yang benar belaka..kini segalanya susah menjadi kenyataan...Allahu Akbar, berikanlah daku kekuatan didalam meniti perjalanan hidup ini...
Waallahu 'alam
Selawat dan salam untuk Nabiku, Muhammad s.a.w..