Aku terus duduk bersimpuh sebaik sampai sahaja aku di Surau. Isyak belum masuk lagi, tapi nak baca Al-Waqiah rasanya tak sempat nie..jenuh hatiku. Abg Zul, tengah khusyuk menelaah Al-Mathurat, terkulat-kulat kesemputan aku lihat...tak jauh beza...sama seperti aku dahulu.
"Uhh..penat baca..dah berkali-kali cuba habiskan tapi penat..saya memang nak habiskan tapi tak boleh-boleh.." dengus abg Zul kedengaran. "Sebenarnya tak susah Abg Zul, cuma nak kena teknik dia.." mengingatkan aku waktu mula-mula aku menceburkan diri dalam pembacaan Al-Mathurat. Aku cuma sekadar ingin berkongsi sahaja, tak lebih dari itu..sebab aku telah pun melaluinya...bahkan terasa seakan lebih berat dan mengah aku dibuatnya waktu aku memulakkannya dahulu...
Jauh disudut hati seakan terasa aku ditegur oleh Allah Rabbul Izzati...masuk hari ini sahaja sudah dua tiga kali cerita Al-Mathurat berkisar dalam hidupku ,,,manakan tidak aku baru sahaja ditempelak oleh seorang blogger yang meletakkan Al-Mathurat bukan dari sumber yang sahih..hangin aku dibuatnya..manakan tidak. Begitu mudah beliau melontarkan tuduhan yang demikian. Ya, aku faham Kuttubus Sittah katanya telah pun khatam,
tapi apalah gunanya kalau hikmah pembelajaran jika tidak diperolehi...
Perghh, ingatkan nak menulis lagi ..tapi hari ini aku cuba belajar menghadkan diriku dengan Internet dan Komputer, sebab takut aku ketagih lagi..macam masa zaman aku belajar dulu...sampaikan tak ingat dunia..solat pun kat dalam bilik komputer....tersenyum keseorangan aku malan nie..:-)..tapi itu ceritia di lain hari..dan lain kalam...yakni selepas habis apa yang aku nak luahkan tentang Al-Mathurat nie..buat tika ini aku angkat pena luahan ku dahulu dengan azam ..insya Allah