November 23, 2011

Ujian Allah dan Hikmah

Keadaan mertuaku nampaknya semakin tenat. Aku faham bebenar beban yang ditanggung oleh isteriku. Sedikit sebanyak aku pernah melalui keperitan yang berpaut didada setiap kali mengenangkan arwah ibuku. Disinilah terasa peranan ku sebagai seorang Suami, Ayah dan juga rakan perlu berfungsi dengan lebih tersusun.

Walaupun berat hati aku untuk melepaskan isteriku pergi menjenguk ibunya di seberang, namun aku izinkan jua kerana mengenangkan akhlaq Nabi. Aku mempunyai pandangan ku sendiri. Memandangkan keadaan kewangan keluarga ku yang tidak mengizinkan, aku mahu kepulangan isteriku berketepatan dan mempunyai erti yang besar bagi situasi yang ada. Aku sedar aku tidak seharusnya mementingkan diriku..demi meluakkan keegooan ku ..ku ulagi dan banyangkan berkali-kali betapa indahnya akhlaq Nabi yang aku rindui....ya..sudah tentu aku tidak mampu untuk menjadi sepertinya..apatah lagi aku bukan pula terdidik secara langsung olehnya seperti Saidina Hamzah dan Saidina Umar Al-Khattab...tapi janjiku aku akan tetap berusaha dengan izin dan rahmat Allah...

Tanpa ku sedar, airmata ku menitis...aku tidak tahu mengapa aku tidak mampu menahan sebak didada..tapi yang aku pasti..setiap kali hati ku rindu kan Nabiku Muhammad s.a.w ..setiap kali itulah sebak kerana tidak berjumpa beliau...apakah aku akan diakui beliau sebagai umatnya sedangkan aku bukanlah seperti para habib yang kecintaannya..tidak terdaya dek usahaku.....Allah hu akbar...berilah daku kekuatan untuk mencintai mereka yang engkau cintai...

June 14, 2011

Kesakitan itu Mehnah

Dah lama aku menanggung sakit ku...seolah - olah ia tiada penghujung. Kali ini dah hampir 4 cycles ubat antibiotik aku bedal..heran jugak sebab anak-anak aku pun hampir demikian..sakit yang berpanjangan dan lambat sembuh. Jauh disudut hati aku bertanya apa maksud semua ini..apakah Allah sedang menguji hambanya yang lemah ini lalu dikirimnya sakit dan dugaan sebagai mehnah penghapus dosa ....teringatlah aku akan firman Allah yang berbunyi ...

"Dan mereka menyatakan sesungguhnya Kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka masih belum diuji.."

Terasa diri ini terlalu kerdil untuk menerima apa jua pemberiaaNYA sedangkan kekuatan itu pun datang dariNYA.... Allah hu Rabbi..Engkaulah Tuhan kami, kerdehaanMulah yang Kami cari....

February 3, 2011

Hizib Bahar

Telah dua-tiga minggu aku amalkan Hizib Bahar. Hizib yang diijazahkan secara umum sewaktu kedatangan As-Syeikh Nuruddin Al-Banjari tatkala beliau datang menyinggah di bawah perancangan Allah ketempat berhampiran rumahku.

Masa membaca beramai-ramai memang agak terkejut juga aku, apakan tidak aku bukanlah boleh membaca Arab dengan pantas. Entahlah mungkin kerana itulah kelemahan ku, aku terlalu memfokuskan diriku kepada makhraj (sperti yang diajarkan kepada ku oleh Ustaz Fuad di MRSM Kem Terendak) sedangkan makhraj aku sendiri masih lemah dan boleh tergolong dalam golongan OKU (tak boleh sebut "R" atau huru "RA" dengan baik). Mungkin kerana itulah, keyakinan aku agak kurang untuk membaca lancar dengan sekali lalu.

Dah banyak cerita aku dengar tentang Hizib. Kali pertama aku dikenalkan melalui penulisan Habib Tahir bin Hussein bin Tahir. Namun taklah aku beramal dengannya. Hanya sanya sejak diijazahkan, aku menjadikan ianya satu kelaziman untuk membaca selepas solat Asar. Alhamdulillah semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk melaziminya dalam kehidupan ku. Adapun tujuan aku beramal dengannya bukanlah dengan niat nak menjadi pendinding diri jadi kalau orang ceroboh berenangle korang kat laut "daratan"...dak..dak..itu bukan matlamat aku, tapi kalau Allah nak bantu ..alhamdullillah.

Matlamat aku yang sebenar ialah kerana didalam Hizib tersebut mempunyai Asma Allah. Apatah lagi ia disusun secara lisan oleh waliyallah al-Imam Abu Hassan asy-Syazili dan ianya salah satu Ijazah yang aku dapat lisan dari Ulama Besar, Tuan Guru As-Syeikh Nuruddin Al-Banjari. Aku mengharapkan dengan usahaku ini, Allah memberikan aku kekuatan untuk bermujahadah didalam kembara ku, musafir nurani.

Insya Allah

Kedatangan "Pewaris Nabi" yang aku cintai

Yang dimuliakan Allah Al-Ustaz Zahazan Mohammed
Aku mula mengenali Sheikh Nuruddin Al-Banjari dan para habib memang agak lewat. Kekadang aku cemburu mengenangkan nasib mereka-mereka yang sebaya dengan ku tetapi telah dimuliakan oleh Allah swt dengan perhubungan dengan para ulama dan bersama mewarisi ilmu mereka seperti Al-Ustaz Zahazan Mohammed Namun begitu aku cukup menghormati mereka sehinggakan tatkala aku bersama mereka, terasalah kebodohan dan kejahilan diri ini, sehinggakan aku terlalu malu dan hormat untuk mengangkat suaraku berbual seperti biasa.

Sudah lama aku merindui kedatangan ulama besar (pewaris nabi) di tempat berhampiran.  
Yang dimuliakan Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al Banjari
ntah kenapa hari Jumaat ini aku tak jadi nak ikut kekawanku ke Masjid Taman Bintang. Sebaliknya aku mengambil langkah menyendiri dengan niat untuk beramal didalam mencari kekuatan di Masjid Airport yang berhampiran. Apabila terdengar sahaja kehadiran Sheikh Nuruddin Al-Banjari ketempat ku, memang sudah lama aku tunggu, aku bergegas ke ruang utama solat. Menitis airmata ku bila aku kenangkan, Allah telah makbulkan doaku.

 ..bersambung...

Mencari Kekuatan

Telah lama akau bermusafir mencari ketenangan dan kekuatan hati. Nyata ianya bukan satu perjalanan yang mudah. Kekadang ibarat tersungkur di pintu syurga aku melangkah mengharapkan sekelumit kekuatan Allah s.w.t hulurkan untuk diteruskan perjalanan nurani ku ini. Jauh disudut hati zikir qualah

لا حو ل ولا قوت الا بالله
menitip setiap titisan air mataku...

Yaa Allah Engkaulah tujuanku, dan  keredhaanMu lah yang aku cari

الله اكبر