 |
| Yang dimuliakan Allah Al-Ustaz Zahazan Mohammed |
Aku mula mengenali Sheikh Nuruddin Al-Banjari dan para habib memang agak lewat. Kekadang aku cemburu mengenangkan nasib mereka-mereka yang sebaya dengan ku tetapi telah dimuliakan oleh Allah swt dengan perhubungan dengan para ulama dan bersama mewarisi ilmu mereka seperti
Al-Ustaz Zahazan Mohammed Namun begitu aku cukup menghormati mereka sehinggakan tatkala aku bersama mereka, terasalah kebodohan dan kejahilan diri ini, sehinggakan aku terlalu malu dan hormat untuk mengangkat suaraku berbual seperti biasa.
Sudah lama aku merindui kedatangan ulama besar (pewaris nabi) di tempat berhampiran.
 |
| Yang dimuliakan Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al Banjari |
ntah kenapa hari Jumaat ini aku tak jadi nak ikut kekawanku ke Masjid Taman Bintang. Sebaliknya aku mengambil langkah menyendiri dengan niat untuk beramal didalam mencari kekuatan di Masjid Airport yang berhampiran. Apabila terdengar sahaja kehadiran
Sheikh Nuruddin Al-Banjari ketempat ku, memang sudah lama aku tunggu, aku bergegas ke ruang utama solat. Menitis airmata ku bila aku kenangkan, Allah telah makbulkan doaku.
..bersambung...