January 23, 2012

Dimanakah Keadilan

Hari ini merupakan antara hari yang paling lama aku menulis di Internet. Seakan mendapat satu kekuatan untuk mendapatkan kefahaman. Bermula dengan bagiku pencerahan yang aku perlukan terhadap satu tindakan penghinaan atau tindakan meremehkan Ulama yang giat berdakwah, yakni Ustaz Azhar Idrus. Aku mencari kekuatan untuk memahami apakah sebenarnya yang terkandung disebalik penulisan seorang blogger.

Bukan aku menghukum penulis blog. Penulis sendiri merupakan antara mereka yang aku hormati, tetapi aku perlukan pencerahan. Ini kerana link yang disertakan menunjang kearah sebuah video yang bagiku agak biadap terhadap seorang ulama, kini.Lalu persoalan dilemparkan, meminta penjelasan dan maklumat lebih lanjut, tapi bukan jawapan yang aku perolehi, hanya update yang dipelbagaikan. Dabiknya "saya tidak berpihak mana-mana pihak. Cuma mungkin siapa yang terasa pedas kerana termakan cilinya." Mudah sungguh jawabnya, apakah tujuannya menulis sememangnya untuk itu, keluh hati kecil ku.

Hmm, bicara hatiku ringkas andai kita tidak berpihak /neutral sudah tentu kita bersedia mengutarakan kedua-dua pendapat didalam satu-satu permasaalahan. Diberikan kedua pendapat untuk dinilai sendiri bagi yang membaca atau mendengarkannya. Hanyasanya kita manusia, sedar tidak sedar dan sering menipu diri dengan berkata sedemikian..."Saya tidak berpihak..kerana saya neutral."..lontaran bibit-bibit bicara.

Aku bukanlah seorang Ustaz yang dapat mengeluarkan hujah dan ayat Al-Quran mahupun hadis hanya dari kepala ku, namun begitu alhamdulillah aku diberi kefahaman untuk pakaian diriku terhadap ayat Al-Quran dari pencernaan yang difahamkan keatas ku oleh Allah s.w.t asbab dari guru-guru dakwah ikhlas yang tidak mengenal lelah. Semoga Allah merahmati mereka, Amiin , insya Allah.

Bagiku mudah, sifat manusia itu memang tidak boleh berlaku adil secara umumnya. Hanya mereka yangmana Allah yang Maha Adil rahmati sahaja yang mampu, lihat sahaja pada ayat dibawah
  
". dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. " (An-Nisaa : 3)

Aku faham tentu mungkin ada yang menyatakan apa punya sengal, orang cerita bab neutral/tidak berpihak dia cerita bab poligami. Betul..dalil yang dibawa ialah poligami...tapi Yang daku nak bawakan ialah lihat kepada sifat manusia yang Allah perjelaskan disini...keadilan. Ia bukanlah satu perkara yang mudah. Hatta perkara, yang kita cintai, yakni perkahwinan pun kita sukar berlaku adil keatasnya, apatah lagi perkara yang lakukan di luar kehidupan kita seharian... itulah yang aku faham.

Jadi bagiku mereka yang menyatakan mereka menulis dan tidak berpihak dimana-mana, lazimnya hanya menipu diri secara sedar atau tidak, mungkin tanpa mereka sedari. Lantaran itu perlulah kita mengingatkan mereka. Kerana prinsip keadilan itu mudah, seperti mana didalam hadis nabi

“Jika ada dua orang yang bersengketa duduk di hadapanmu (meminta keputusan), janganlah engkau berbicara (memberi keputusan) hingga engkau mendengarkan (keterangan) dari pihak lain sebagaimana engkau telah mendengar dari pihak yang pertama” [HR Ahmad].

Lantaran dimanakah keadilan  didalam penulisan, andai telah berlaku pembantaian pada satu pihak tanpa keseimbangan.. demikianlah yang dapat ku simpulkan...melainkan kita hanya menipu diri kita sendiri..

Wallahu 'alam

Musafir Nurani
p/s- Hanya Allah yang MAHA ADIL. Kita ini semua hambaNya yang lemah.