January 31, 2012

Malapnya sebuah bintang..

Sayup hati ku tatkala terbacakan artikel-artikel tulisan seorang blogger, yang mampu meniti difikiran hanyalah sekadar ungkapan dibawah..mulanya ingin aku sampaikan kepada beliau..namun hati ku berpaling kerana bimbang akan terjadinya permusuhan. Biarlah kembara log ini menjadi tempat aku mencatat pahit maung musafir hidupku...didalam membersihkan nurani ini...

Sedih..bila dikenang dan melihatkan "sang bintang" yang bercita-cita menerangkan bumi. Tatkala didengarnya berita yang dibawa "komet", bahawa bumi kagum melihat keindahan bintang, namun tidaklah setanding kecantikan terangnya "sang bulan" diwaktu malam.

Lalu si bintang pun mengerahkan seluruh tenaga mengumpulkan seluruh kederat yang ada, dan mengeluarkan cahaya untuk menandingi sinar rambulan. Akhirnya bintang tersungkur dan semakin malap, kerana lupanya ia kepada tipu daya komet. Ia meletakkan kekuatannya menyinar sebagai keyakinannya, sedangkan Sang Bulan hanya bertawajjuh tunduk kepada sang Pencipta, Allah Rabbul Jalil.


bukan untuk dikomentar namun Fikir-fikirkanlah.

Waallahu 'alam

Zam..kedepan jadi Imam..

Pena ku terangkat lagi..kali ini mengenangkan peristiwa di Surau tadi..dan nampak gayanya sambungan Al-Mathurat terpaksa ditangguh dikemudian hari, kerana masa yang ada untuk luahan pembelajaran musafirku semakin ringkas.

"Zam, kedepan jadi Imam"..Ustaz menyuruh aku kedepan..aku sekadar mampu senyum sahaja.."Zam..ke depan, silakan Imam.".. "Ehh tak pe Ustaz, silakan ustaz..eishh ustaz buat lawak pulak.." sambut ku. Sebenarnya aku tidak pasti apakah wajar aku menolak permintaan guruku. Bagiku, biarlah guruku yang menjadi Imam, andai kata ayahku ada pun aku akan tetap membenarkan beliau yang mengimamkan aku...kerana terasa akan daku kehormatan itu adalah haq mereka.

Namun sebenarnya tak ramai yang faham kenapa aku menolak menjadi Imam. Sudahlah soal ilmu, terasa masih dangkal bagiku. Namun yang menyentuh diriku ialah kenangan hidup aku tatkala aku di MRSM dahulu.

Satu Maghrib aku ditugaskan untuk mengimamkan pelajar-pelajar disitu. Entah bayangan hatiku, atau syaitan yang mengodaku, aku tidak pasti, tapi sedang Al-Ikhlas meniti di bibir, kelihatan olehku sebuah bukit/gunung yang seakan digambarkan kepadaku itulah UHUD. Berada diatas kepala ku untuk dihempapkan, sedang aku aku tiada tempat berlari. Peluh dingin mula menyapa aku ..terasa berat kedua bahuku yang teramat sangat..lutut ku mengigil ..semakin lemah longlai  tidak tertahan menanggung beban diatasku..dalam keadaan itu aku pasrah dan terus ruku'. Tatkala, aku bangkit sahaja hilanglah segalanya..
Selepas sholah aku menceritakan kepada rakan baik ku, lalu duduk bersimpuh..termenung keseorangan..apakah perkhabaran yang dibawa dan maksud gunung tadi..satu jawapan yang dapat aku simpulkan

"Sungguh tidak ada tugasan yang lebih berat melainkan menjadi Imam/Pemimpin. Kita memikul beban dari pengharapan jemaah mengadap Illahi. Sedangkan kekerdilan kita dan kekotoran diri sahaja tidak dapat dibersihkan inikan pula mengadap RAJA segala RAJA sebagai ketua perwakilan jemaah"

..aduh..berat sungguh tanggunjawab itu..Sejak dari itu aku cuba mengelakkan diri dari menjadi Imam solat apa jua, melainkan terpaksa kerana terkenangkan sebuah hadis tentang akhir zaman..dimana Imam bertolakkan antara satu sama lain..kerana aku tidak mahu tergolong dalam jemaah yang dimaksudkan..namun siapa yang mahu aku tipu... sungguh apa yang dikatakan Nabi itu benar melainkan yang benar belaka..kini segalanya susah menjadi kenyataan...Allahu Akbar, berikanlah daku kekuatan didalam meniti perjalanan hidup ini...


Waallahu 'alam

Selawat dan salam untuk Nabiku, Muhammad s.a.w..

January 29, 2012

Al-Mathurat dalam hidupku..

Aku terus duduk bersimpuh sebaik sampai sahaja aku di Surau. Isyak belum masuk lagi, tapi nak baca Al-Waqiah rasanya tak sempat nie..jenuh hatiku. Abg Zul, tengah khusyuk menelaah Al-Mathurat, terkulat-kulat kesemputan aku lihat...tak jauh beza...sama seperti aku dahulu.

"Uhh..penat baca..dah berkali-kali cuba habiskan tapi penat..saya memang nak habiskan tapi tak boleh-boleh.." dengus abg Zul kedengaran. "Sebenarnya tak susah Abg Zul, cuma nak kena teknik dia.." mengingatkan aku waktu mula-mula  aku menceburkan diri dalam pembacaan Al-Mathurat. Aku cuma sekadar ingin berkongsi sahaja, tak lebih dari itu..sebab aku telah pun melaluinya...bahkan terasa seakan lebih berat dan mengah aku dibuatnya waktu aku memulakkannya dahulu...

Jauh disudut hati seakan terasa aku ditegur oleh Allah Rabbul Izzati...masuk hari ini sahaja sudah dua tiga kali cerita Al-Mathurat berkisar dalam hidupku ,,,manakan tidak aku baru sahaja ditempelak oleh seorang blogger yang meletakkan Al-Mathurat bukan dari sumber yang sahih..hangin aku dibuatnya..manakan tidak. Begitu mudah beliau melontarkan tuduhan yang demikian. Ya, aku faham Kuttubus Sittah katanya telah pun khatam,
tapi apalah gunanya kalau hikmah pembelajaran jika tidak diperolehi...

Perghh, ingatkan nak menulis lagi ..tapi hari ini aku cuba belajar menghadkan diriku dengan Internet dan Komputer, sebab takut aku ketagih lagi..macam masa zaman aku belajar dulu...sampaikan tak ingat dunia..solat pun kat dalam bilik komputer....tersenyum keseorangan aku malan nie..:-)..tapi itu ceritia di lain hari..dan lain kalam...yakni selepas habis apa yang aku nak luahkan tentang Al-Mathurat nie..buat tika ini aku angkat pena luahan ku dahulu dengan azam ..insya Allah